NUFFNANG

Tuesday 20 October 2015

Apa perlu pemilik kediaman tahu sebelum renovate atau ubahsuai rumah atau kediaman?

Teks: khairunnisa hamzahara

1) Apa yang boleh diubah dan apa yang tidak boleh diubah?



Sebelum membuat ubahsuai kediaman, pemilik perlu tahu bahawa tidak kesemua struktur ruang boleh diubahsuai sesuka hati. Terutamanya apabila melibatkan struktur yang perlu dipecahkan atau ditambah kerana dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan kepada struktur ruang yang boleh mengakibatkan perkara buruk seperti keretakan struktur atau roboh. 

Oleh itu, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sama ada struktur tersebut boleh dibuang atau ditambah. Kadang-kala terdapat struktur yang tidak boleh diganggu kerana dikhuatiri akan menyebabkan keretakan atau roboh dikemudian hari. 

Untuk pengetahuan, sebarang ubahsuai yang melibatkan pembinaan tiang dan bumbung sahaja masih dibolehkan, melainkan apabila menaikan dinding, ia perlu di rujuk terlebih dahulu di pihak majlis daerah bagi mereka menyiasat akan keselamatan dan keselesaan pembinaan tersebut terlebih dahulu. Begitu juga untuk rumah yang setingkat untuk dinaikan menjadi 2 tingkat, perlu mendapat kelulusan pihak majlis terlebih dahulu.


Selain itu, seperti penukaran warna dinding luar kediaman atau pun penukaran material luaran kediaman, boleh dibuat tanpa mendapatkan kelulusan pihak majlis melainkan majlis perbandaran Putrajaya. Kerana di Putrajaya , setiap pemilik kediaman tidak boleh mengubah fasad rupa luaran) kediaman sesukahati walaupun menukar warna cat dinding di luar. 


Jadi dinasihatkan untuk mendapatkan dahulu nasihat dari majlis daerah atau pihak pemaju sebelum melakukan ubahsuai kediaman.

2) Apakah prosuder undang-undang yang perlu dipatuhi ?

Sebelum melakukan ubahsuai kediaman secara major iaitu melibatkan pertukaran ruang dan struktur diluar mahupun dalam kediaman, perlulah mendapat kelulusan pihak majlis terlebih dahulu.

Pihak majlis akan meminta pelan ubahsuai yang menunjukan perubahan struktur yang dilakukan. Pelan ini boleh didapatkan daripada arkitek dan juga pelukis pelan berdaftar. Dapatkan senarai mereka dari pihak majlis yang berhampiran. Kerana lain majlis lain kehendak dan syaratnya. Terdapat bayaran yang akan dikenakan mengikut jenis dan jumlah ubahsuai yang dilakukan.

Pemilik juga perlu membayar lesen perletakan tong sampah dan sewa tong sampah bagi membuang sisa pepejal bahan-bahan pembinaan semasa proses ubahsuai dilakukan agar sisa tersebut tidak dibuang merata tempat dan tidak membahayakan penduduk setempat yang lalu lalang di situ.


3) Kenapa perlu lantik profesional?

Profesional di bidang pembinaan rumah dan pengubahsuaian rumah adalah perekabentuk kediaman iaitu Arkitek. Contohnya dalam pembikinan pakaian, ia mempunyai pereka dan juga tukang jahit. Di sini Arkitek merupakan pereka dan yang melakukannya di tapak adalah kontraktor.

Untuk mendapatkan idea dan perancangan pembinaan mahupun ubahsuai, arkitek akan membantu dari sudut rekabentuk ruang berdasarkan fungsi dan juga pemilihan struktur serta cara perletakannya yang betul. Arkitek adalah orang yang mahir tentang pembinaan dan ubahsuai kediaman.

Arkitek juga akan menjadi pihak ketiga antara kontraktor dan tuan rumah untuk sepanjang proses ubahsuai dilakukan.



4) Apakah Kepentingan Menyediakan Lakaran Rekabentuk Susunatur / Hiasan Dalaman Terlebih dahulu sebelum kerja-kerja ubahsuai di jalankan di kediaman?

Ini adalah perkara yang sangat saya titikberatkan iaitu melakar terlebih dahulu idea rekabentuk yang mahu dilakukan. Ini kerana dengan membuat lakaran terlebih dahulu, pemilik kediaman boleh

- mengetahui bagaimana gambarab rupa ruang setelah diubahsuai
- apakah material / finishes yang mahu diguna pakai
- apakah fungsi setiap sudut ruang
- apakah perlatan dan perkakas ruang yang akan terlibat
- di manakah point2 perlu dipasang untuk lampu kipas dan alatan elektrik yang lain
- yang akhirnya memberikan pemilik jumlah kos yang diperlukan untuk kerja ubahsuai tersebut.

Idea rekabentuk ini boleh didapatkan daripada pakar / orang berengalaman atau pun Google. Lakukan lakaran untuk setiap ruang bagi memudahkan kerja ubahsuai berjalan lancar.


Apa risiko buat ubahsuai sendiri tanpa perancangan yang teliti?

Sekiranya ubahsuai yang dilakukan pada kediaman menjadikan kediaman itu 
- lebih tidak selamat (bahaya)
- lebih tidak cantik (buruk)
- lebih menyusahkan (sempit)
- lebih suram (gelap)
-lebih menyesakkan nafas (tiada pengudaraan),

Siapakah yang harus kita persalahkan jika ianya adalah daripada idea dan keputusan kita sendiri? Oleh itu, jika tidak pakar dalam bidang ini, serahkan pada yang pakar. Rumah bukan untuk dihuni sehari dua, tapi mungkin digunakan untuk sepanjang hayat. Biarlah ubahsuai yang dilakukan adalah berbaloi dan boleh selesa digunakan lebih ama lagi.



Apakah yang perlu dititikberatkan dalam mendapatkan idea ubahsuai kediaman?

1) Membuat kaji selidik dengan teliti
2) Mengetahui Ruang mana yang mahu diubahsuai
3) Mengetahui terlebih dahulu apakah aktiviti yang akan dilakukan di setiap sudut ruang
4) Apabila jelas aktiviti yang bakal dilakukan, boleh menentukan apakah kelengkapan dan material yang akan digunakan pada ruang tersebut
5) AKhirnya ia memberikan jumlah kos untuk ubahsuai ruang tersebut.

(rancang terlebih dahulu)



Perlu juga tahu, ruang mana yang patut ditambah keluasannya, di kurangkan keluasannya, di tiadakan atau di pindahkan kedudukannya. Kaji selidik kaitan antara ruang perlu dilakukan sebelum menyesal akan idea perletakan ruang yang tidak praktikal atau menyusahkan di kemudian hari

Bilakah masa yang sesuai /dibolehkan untuk melakukan ubahsuai kediaman?



Ubahsuai kediaman dilakukan biasanya apabila mempunyai keperluan tambahan. Pada awalnya mungkin ruang sedia ada sudah mencukupi, namun setelah mempunyai anak, atau orang tua tinggal bersama, dan atau juga membuka pejabat di rumah, seseorang pemilik kediaman memerlukan ubahsuai dalam susunatur ruang mengikut aktiviti dan fungsi di rumah yang sudah bertukar.

Jadinya, saya sarakan ubahsuai dilakukan hanya apabila telah terdapatnya keperluan untuk pengubahsuaian ruang atas tuntutan aktiviti terkini yang perlu dimuatkan pada ruang tersebut. Sekiranya masih tidak perlu, gunakna ruang sedai ada sebaiknya.


PERINGATAN:
Sekiranya rumah dibeli dari pihak pemaju, rumah yang dibeli mempunyai warranty selama 2 tahun. Sekiranya ubahsuai telah dilakukan terutamanya dalam perubahan rupabentuk serta struktur ruang, warranty ini automatik sudah tidak ada lagi. Oleh itu, berhati-hati. Nasihat saya adalah untuk gunakan dahulu ruang sedia ada selama 2 tahun, kerana apa-apa keroskana yang terjadi, pemilik kediaman boleh memaklumkan pada pihak pemaju untuk diambil tindakan tanpa bayaran. 

Bagaimana jika tidak cukup budget untuk membuat ubahsuai kediaman seperti yang dirancang?

Sekiranya belum cukup budget, dinasihatkan untuk tidak membuat ubahsuai terlebih dahulu. Dapatkan budget yang secukupnya. Ini dikhuatiri akan berlakunya kerja ubahsuai yang tidak siap dan menyebabkan kontraktor lari. Akibatnya rumah jadi rumah yang tidak siap dan membahayakan. 

Ada caranya untuk mendapatkan pembinaan rumah dengan harga yang murah atau kadangkala boleh peroleh secara percuma iaitu dengan membenarkan kontraktor menjadikan rumah kita sebagai contoh hasil kerjanya dan menjadi sample untuk pelanggannya datang kemudian hari untuk melihat hasil kerja kontraktor. Dengan kata lain merelakan rumah kita untuk menjadi "Show House" kontraktor


Apakah tujuan pihak majlis membuat undang-undang bagi kerja-kerja ubahsuai kediaman?

Sebenarnya peraturan dan undang-undang yang dibentuk bukanlah untuk menyusahkan pemilik kediaman tetapi adalah untuk mengawal kecelakaan dan melindungi keselamatan pelbagai pihak.

Misalnya dapur yang di tambah sehingga ke hujung belakang rumah, ianya telah mendekatkan jarak antara dapur kita dengan dapur jiran. Apabila berlakunya kebakaran, ia memudahkan kebakaran merebak atau menyambar rumah yang mempunyai jarak yang tidak mengikut syarat minima. Ini membahayakan diri kita dan keluarga kita.


Begitu juga dengan ubahsuai yang dibuat sehingga penuh dihadapat rumah dan juga ditepi rumah, ianya sebenarnya tidak dibenarkan kerana dikhuatiri akan membahayakan penghuni pada ruang tambahan tersebut. Terutamanya apabila bahagian itu betul-betul berada di tepi jalan utama yang mempunyai kenderaan lalu lalang di sebelahnya. Apakah akan terjadi sekiranya ada lor yang terbabas lalu melanggar dinding tambahan ruang ini sedangkan sebelum ini idea asal hanyalah ruang taman bagi menjarakan ruang dalam rumah dengan jalan raya. Kini apabila ubahsuai dilakukan, penghuni tinggal pada zon tidak selamat JAdi berhati-hati dengan idea penambahan atau ubahsuai kediaman. Kerana dikhuatiri membahayakan keselamatan pengguna ruang


Tahukah anda akan hak jiran anda?

Sekiranya idea ubahsuai kita menyebabkan tembok kita termasuk ke sempadan jiran, jiran berhak untuk membuat aduan dengan pihak majlis dan kemungkinan kita perlu merobohkan bahagian yang sudah terlebih itu.

Dan sekiranya ubahsuai yang dilakukan mengganggu jiran seperti memberikan ketidakselesaan pada jiran seperti rumahnya menjadi gelap dan sebagainya, ia boleh membuat aduan.

Dan juga apabila ubahsuai yang dilakukan menyebabkan laluan kejiranan terganggu atau pun laluan keselamatan untuk pencegahan kebakaran (laluan trak bomba) terhalang, pihak majlis berhak memita kita untuk membuat ubahsuai semula tanpa menghalang perkara-perkara seperti itu dari berlaku lagi.

Bagaimana ingin buat ubahsuai kediaman jika unit rumah adalah jenis geran strata (kongsi)?


Ubahsuai di bawah geran strata (geran kongsi biasnaya di bawah pemilikan pemaju), pemilik kediaman perlu meminta izin dari pihak pemaju terlebih dahulu. Rumah seperti kodo, apartment, dan townhouse biasanya termaktub pada peraturan strata ini. 

Pihak pemaju biasanya mensyaratkan ubahsua yang boleh dilakukan bagi memastikan rekabentuk luaran masih kekal dalam konsep yang sama bagi menjaga keharmornian rupa bentuk dan juga untuk keselamatan penduduk yang ramai dalam 1 kawasan. 

Sekiranya ubahsuai dibenarkan, ia hanyalah melibatkan dalaman sahaja. Itu pun akan diperiksa dahulu keran adikhuatiri mengganggu struktur yang berkongsi antara unit dengan unit yang bersebelahan.

Ubahsuai yang diizinkan adalah berwaktu bagi menghormati kejiranan iaitu kerja-kerja ubahsuai hanya boleh dilakukan pada puku 8.00 pagi - 5.00 petang. Walau apa pun, pemilik perlu berurusan dengan pihak majlis dan pemaju jika ingin membuat perubahan pada kediaman.

Nasihat saya kepada mereka yang mahu mebuat ubahsuai kediaman...

Nasihat saya sesudah itu, serahkan pada yang pakar untuk merekabentuk kediaman anda agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.

Terima kasih kerana membaca

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Layari ; http://rekabentuk3donline.blogspot.com untuk tempahan idea rekabentuk secara 3d
-----------------------------------------------------

Sertai kelas Bengkel Mudahnya W.A.H.M 
di sini: http://www.khairunnisahamzahara.com/2015/09/bengkel-mudahnya-wahm-online-untuk-suri.html




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO