NUFFNANG

Monday, 4 December 2017

JOM PANDAI DEKOR BERSAMA. GUNAKAN SENTUHAN MAGIS TANGANMU SENDIRI UNTUK BUAT HIASAN DALAMAN (INTERIOR DESIGN) SENDIRI

Teks: Khairunnisa Hamzah


Rumah kita dah macam rumah terbalik? 
MAHU PANDAI DEKOR? 

NOTA: cari poster JOM PANDAI DEKOR


Uish, terkejut besar saya bila seorang jutawan yang sangat berpengaruh di Malaysia pernah kongsikan rahsia besarnya.

Apa dia?

Menurut beliau, kehidupannya mula berubah semenjak dia mula kisah untuk menyusun atur rumah dan pejabat nya dengan baik.

Kajian pakar psikologi dan pakar motivasi mendapati apabila seseorang mengusahakan sesuatu usaha dengan membuat persediaan dan perancangan yang baik, maka 50% usaha itu telah pun berjaya. Selebihnya adalah sikap dan mentaliti seseorang.

Oleh itu, adakah hanya jutawan sahaja yang oleh hidup dalam keadaan teratur dan selesa?

Jika insan yang terdahulu hidup berjaya pernah berkongsi bahawa hidupnya yang biasa-biasa mula jadi luar biasa apabila ia mengubah persekitaran dan cara hidupnya, adakah kita sanggup untuk tidak heran akan nasib kita? Kerana Allah juga pernah berfirman bahawasannya DIA tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri.

Perlukan ber mahal-mahalan dalam merekabentuk dan menghias?

Ayuh buang pemikiran sebegini. Sebab mahal belum tentu menjanjikan sesuatu ruang itu selesa, cantik dan praktikal jika tersalah memilih atau membuat keputusan.
Ya, inilah yang dibimbangkan, bukan?
Kita takut untuk tersalah memilih dekor. Silap haribulan kita boleh rasa mabuk atau asyik nak marah berada dalam ruang tersebut kerana seperti ada sesuatu yang tak kena. Sebenarnya kita yang "santau" diri sendiri.

Jika Ahli sihir boleh gunakan kuasa magiknya, kini kita juga mampu mengubah keadaan ruang kita. Untuk apa?

Ruang yang dinaik taraf, dihias, disusun dan di dekorasikan akan memberikan impak LUAR BIASA seperti ini:
-Menaikan Nilai Hartanah sediaada
-Memupuk kasih sayang
-Membuatkan rasa seronok untuk berada di situ
-Menarik tetamu dan pelanggan
-Menarik perhatian
-Menarik rezeki
-Memutik mood dan aura positif
-Memberikan rasa hebat pada diri dan penguna ruang
-Memberikan keindahan dan kedamaian
-Memberikan keseronokan dalam kehidupan
-Melahirkan anak-anak yang gembira dan terdidik perilaku
-Mencetuskan semangat kerja dan menjadikan pekerja progresif
dan banyak lagi impak positif

Siapa yang perlu ada ILMU PANDAI DEKOR ini? 
Mestilah ia penting kepada

-Ibu institusi kekeluargaan
-Bos yang berdedikasi
-Insan yang hebat dan luar biasa
-Pemilik butik dan kedai yang mempunyai produk yang berkualiti
-Pemilik homestay
-Pemilik Virtual Office
-Anda yang mahu mulakan hidup yang positif
dan sesiapa sahaja

Jom. Bagi peluang kepada diri untuk tahu gunakan sentuhan magis tangan sendiri. Tidak perlu tongkat sakti, hanya perlu teknik dan ilmu PANDAI DEKOR sebelum boleh mengubah ruang yang anda ingini. 



Klik di sini untuk turut sama pandai dekor

JOM!
bengkel : JOM PANDAI DEKOR

hari : SABTU
tarikh : 16 Disember 2017
lokasi : Bandar Baru Bangi


Sebarkan berita baik ini kerana diluar sana ramai yang sedang menderita kerana takut untuk melakukan perubahan pada ruang kerana tidak yakin dengan pilihan diri sendiri. Nak upah orang pula tidak berkemampuan. 

Tekan LIKE, kemudian SHARE kan post ini. Setelah itu berilah sedikit KOMEN di sini untuk anda dijejaki. Kerana anda yang bantu menyebarkan berita ini akan menerima 10 TIPS ASAS DEKOR RUANG di email masing-masing selepas selesai bengkel nanti.
Dan ayat SHAREing yang paling best akan menerima PERKHIDMATAN REKABENTUK 3D untuk satu ruang secara PERCUMA (saiz tidak lebih 10x10 kaki) Mulakan hari dengan lebih baik

Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi.
Ia adalah Senibina Kehidupan

Yang Benar
KHAIRUNNISA HAMZAH
senibina kehidupan di rumah

Sunday, 16 April 2017

Rumah Mesra Untuk Anak Kecil Dan kanak-kanak

Teks: khairunnisa hamzah
Imej : Google, Pinterest, Koleksi Peribadi


Rumah mesra anak

Ingat tak masa kita kecil dahulu? 

Seronok kita bermain di rumah tanpa larangan. Begitu juga di luar rumah. Kita seronok bermain dengan kawan-kawan. Kadang-kala sudah maghrib baru kita pulang ke rumah. Saat kita pulang ke rumah, rumah sudah pun kemas dan tiba masa untuk kita siapkan diri untuk makan, solat dan mengaji sebelum kita masuk ke bilik tidur.

Itu corak kehidupan zaman kecil kita.

Bagaimana pula corak kehidupan zaman kecil anak-anak kita sekarang ini?
Sedar tak kita yang anak-anak kita tidak hidup bebas seperti kita dahulu?

Anak-anak kita sekarang lebih elok berada di rumah berbanding di luar rumah.

Kerana apa?

Kerana faktor persekitaran yang tidak mesra lagi dengan anak-anak kecil dek kerana kegelojohan pembangunan di mana-mana dan juga ketirisan ekonomi yang sedang di alami di Negara kiita.

Ia menyebabkan persekitaran rumah kita kini mengalami pencemaran alam sekitar, pencemaran gejala sosial, penyebaran penyakit berjangkit, dan paling menakutkan adalah jenayah penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa.

Oleh itu, anak-anak lebih banyak berada di rumah berbanding di luar rumah. Bagi memberikan persekitaran yang baik buat anak-anak membesar, kita perlu mula memikirkan keperluan anak-anak di rumah agar ia tidak memberikan tekanan kepada anak-anak kerana perlu berada di rumah.

Ini kerana fitrah anak-anak itu sukakan kebebasan, kegembiraan dan suka membuat eksperimen baru setiap hari. 

Jadi selaku ibu bapa , apakah yang kita boleh lakukan agar rumah kita menjadi mesra kepada anak-anak?

Sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang perkara ini, mari kita bincangkan dahulu bagaimana fitrah sifat seorang anak kecil? Dari sini , kita akan cuba lakukan sesuatu agar kita tidak menghalang fitrah kelakuan anak-anak ketika berada di rumah Di bawah ini adalah antara fitrah anak kecil yang telah dikenal pasti :


1.    Suka mencuba
2.    Suka membuat bising
3.    Suka menyepahkan
4.    Suka makan dengan banyak dan pelbagai
5.    Suka teknologi canggih
6.    Suka bermain di luar
7.    Suka bergerak aktif
8.    Suka binatang

Daripada sifat fitrah anak-anak kecil yang kita dapat kenalpasti seperti di atas, apakah yang boleh kita sediakan di rumah agar rumah kita mesra dengan fitrah anak-anak tadi?

Suka untuk saya mengingatkan diri kita bersama agar tidak menghalang fitrah anak kecil ini. Kerana apabila kita menghalang, kita telah membantutkan proses perkembangan mental, jiwa dan fizikal mereka.

Baiklah, saya cuba tonjolkan antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memenuhi fitrah anak-anak kecil ini di rumah kita sendiri:




Suka mencuba

Anak-anak kecil suka mencuba perkara baru. Mereka mahu membuat apa yang dibuat oleh orang lain. Terutamanya oleh ibu bapa atau adik beradik sendiri. Misalnya, jika ibu membuka laci untuk mengambil barang, anak kecil juga akan cuba membuka laci untuk mengambil barang.

Untuk keselamatan anak, elakkan mempunyai perabot dan kelengkapan rumah yang tinggi. Terutamanya untuk tempat simpan barang yang sering digunakan atau yang disukai oleh anak.

Jika anak kecil melihat ibunya ambil biskut dari almari gantung di atas dapur, boleh jadi anak kecil akan usaha untuk cuba memanjat dapur bagi mendapatkan balang biskut tersebut. Sebaiknya kita sediakan almari di bahagian bawah untuk simpan makanan anak-anak. Di kala usia kecil, mereka sibuk mahu mencuba sendiri. Berikan mereka pengalaman berusaha sendiri mendapatkan biskut mereka.






Suka membuat bising

Anak bukanlah kereta control yang mempunyai remote. Atau bukan juga seperti televisyen yang boleh di laraskan volume suaranya. Bercakap kuat ketika bermain dan bergelak ketawa itu perkara biasa yang mereka suka lakukan. Jika tetamu datang ke rumah, adakah relevan untuk kita menyuruh anak kita diam?
Pasti tidak senang duduk mereka.

Sebaiknya kita sediakan satu ruang untuk anak-anak bermain riang dengan bebas. Ibu bapa boleh sediakan bilik mainan anak dengan penebat suara. Penebat suara boleh dihasilkan dengan memperbanyakkan kelengkapan di dalam bilik tersebut seperti sofa, karpet, langsir, almari , bantal besar, teddy bear dan sebagainya. Lagi banyak barang, lagi ia menebat suara. Apabila pintu ditutup, suara anak bermain sudah kedengaran sayup sahaja. Saya pernah melihat bilik yang ditebat dinding nya dengan bekas telur. Ia benar-benar menyerap bunyi. Main drum pun rumah masih tenang, tidak keluar bunyi apabila pintu ditutup.



 Suka menyepahkan

Letih kan? Sebaik kemas, sepah semula. Biasalah. Nama pun anak kecil. Sifat mereka memang suka ambil benda kemudian tidak pula menyimpan kembali. Selepas tertarik dengan benda lain, benda yang tadi ditinggalkan saja di tempat dia berada buat kali terakhir tadi.

Jadi apa ibu bapa boleh buat?




Ibu bapa boleh wujudkan sistem storage di merata tempat. Setiap ruang ada sistem storage tersendiri. Ini sangat membantu terutamanya jika tiba-tiba menerima kunjungan tetamu dan kita tidak sempat untuk menyimpan kembali barang yang dikeluarkan oleh anak.

Atau, ibu bapa boleh sediakan bilik khas untuk anak puas punggah barang untuk bermain. Jika ada lebihan tanah diluar, boleh lah sediakan ruang bermain anak di luar rumah seperti bangsal permainan seperti di dalam cerita-cerita orang putih yang kita tonton. Cumanya pastikan ia di bawah pokok atau di bawah anjung rumah. Ini kerana iklim Negara kita sangat bahang ketika tengah hari dan petang.





Suka makan dengan banyak dan pelbagai

Anak-anak kecil suka sangat makan. Jika tidak ada sistem kawalan, pasti rumah cepat meleket dan kotor. Apa tidaknya, ketika tangan meleket atau mempunyai coklet, sekejap saja sudah di lap ke langsir atau sofa.

Ciptakan satu ruang makan untuk anak kecil. Di sini mereka boleh bebas menikmati makanan tanpa bebelan orang tua. Kerusi dan meja mengikut saiz dan ketinggian mereka. Warna yang digunakan juga adalah warna yang ceria. Sediakan balang-balang comel untuk mengisi makanan snek yang digemari. Temani mereka untuk habiskan makan dan minum di situ.



Pasti mereka berasa anda ibu bapa yang sangat menyanyangi mereka kerana menemani dan menyediakan tempat makan khas buat mereka. Sebenarnya ia adalah satu sistem untuk memastikan rumah anda terkawal daripada kekotoran yang disebabkan oleh makanan.


Suka teknologi canggih

Sekarang anak seawal usia 1 tahun pun sudah mahu cua sendiri pasang wayer charger. Mereka senantiasa tertarik untuk memetik suis dan cuba sendiri memasang plug. Awas! Sudah banyak kita dengar berita tentang kisah kematian anak kecil yang suka menarik wayer yang sedang berarus elektrik.


Suis elektrik boleh dipasang di dalam kabinet atau di ubah ke kedudukan yang tinggi. Yang boleh dicapai oleh orang dewasa saja. Suis elektrik di bawah sebenarnya tidak relevan dan membahayakan keadaan. Selain daripada bahaya anak bermain suis elektrik, ia juga bahaya apabila berlakunya banjir dan ditenggelami air.

Bagi anak yang suka kan teknologi ini, ibu bapa sebaiknya charge bateri gadget secukupnya terlebih dahulu. Kemudian barulah “menghidangkan” gadget di ruang khas untuk bermain. Di ruang ini ibu bapa boleh memantau aktiviti anak bersama.


Suka bermain di luar



Sudah lumrah kanak-kanak kecil sukakan kebebasan. Ruang dalam rumah yang sempit tidak sesuai dijadikan medan permainan mereka kecuali ruang tersebut lapang dan tidak mempunyai perabot yang membahayakan. Untuk bermain luar kawasan rumah seperti di padang dan jalan raya pula perlukan pantauan orang tua.

Apa yang boleh dilakukan adalah ibubapa boleh mewujudkan ruang permainan anak khas di bilik kosong, di anjung rumah atau di laman. Antara aktiviti yang boleh disediakan adalah seperti buaian, ruang untuk menari dan berlari, serta ruang untuk mengekspresikan diri. Sebab itu kita biasa melihat orang putih menyediakan pondok permainan anak mereka di laman belakang rumah. Di sini ibu bapa boleh memantau anak mereka ketika memasak dan berkebun di laman.


Suka bergerak aktif



Anak- kecil suka berkejaran. Mereka aktif bergerak dari awal bangun sehingga menutup mata kembali. Setiap saat boleh berlaku keadaan yang tidak di duga. Ada ibu bapa yang takut memikirkan keselamatan anak mereka sehingga mereka lebih “rela” “mengosongkan” rumah. Tiada apa-apa perabot di rumah bagi mengelakkan berlaku nya kejadian yang tidak diingini.

Namun begitu, jika ada peruntukan, ibu bapa boleh memasang lantai dengan lantai lamina kayu. Ia tidak sekeras lantai simen. Kecederaan apabila terjatuh di lantai kayu tidak seteruk lantai simen. Lebih baik jika lantai di alas dengan fabric tebal seperti karpet. Untuk elakkan dari anak terhantuk ke dinding pula, boleh letakkan bantal-bantal besar di tepian dinding. Perabot yang digunakan sebaiknya perabot yang tidak mempunyai bucu yang tajam. Sekiranya sudah membeli perabot yang mempunyai bucu yang tajam, ibu bapa boleh dapatkan “safety corner” yang ada dijual di kedai atau di Lazada. Ia menutup bucu tajam dan menjadikannya membulat.


Suka binatang


Seorang anak jiran saya pernah dinasihatkan oleh dokter pakar untuk membela haiwan peliharaan. Ini kerana anaknya begitu aktif dan tidak fokus kepada setiap perbuatan. Apabila dia diberikan tanggungjawab khas, dia menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.



Bagi ibu bapa yang turut membela haiwan di rumah untuk anak-anak, wujudkan satu ruang khas untuk anak-anak bermain dengan haiwan peliharaannya seperti di belakang rumah atau di anjung rumah. Sebaiknya elakkan haiwan dari masuk ke dalam rumah.

Dengan muwujudkan taman khas untuk membela haiwan ini, anak merasakan dia mempunyai satu ruang yang sangat istimewa untuk dia pergi setiap hari.  


Suka menulis dan membaca


Menulis dan membaca adalah satu skill baru yang didambakan oleh anak kecil. Mereka mahu segera tahu membaca dan menulis. Oleh itu ini akan menjadi aktiviti wajib mereka setiap hari. Mereka akan terus menerus melakukan aktiviti ini.

Sekiranya tiada tempat khas yang disediakan untuk menulis sejakd ari awal, anak kecil akan perlahan-lahan cuba menulis di lantai dan di dinding. Ibu bapa boleh menyediakan ruang untuk anak-anak menulis dan membaca. Jika anak sangat aktif dan masih mahu menulis di dinding, kini sudah ada cat dinding yang boleh di conteng dengan kapur dan pensil warna. Sebaik selesai menulis, ibu bapa boleh membersihkan dinding itu kembali.


Untuk aktiviti membaca, sediakan reading corner khas buat anak dengan buku yang sentiasa ditukar ganti. Kerana anak cepat bosan dengan buku yang sama. Simpan separuh buku dan selang selikan berada di situ untuk setiap minggu yang berlainan.

Tahniah kepada ibu bapa yang berhempas pulas menyediakan keperluan si anak kecil. Percayalah usaha anda sangat berbaloi. Kerana anak yang dihargai akan lebih menyanyangi kedua ibu bapanya dan orang di sekelilingnya. InsyaAllah!

Khairunnisa Hamzah
Penulis Buku Supermama Terbitan Telaga Biru
Penasihat Kediaman Online/ Penulis/Perekabentuk / Blogger
@ Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman

untuk dapatkan buku supermama boleh whatsapp penulis di 0197720507





Tuesday, 29 November 2016

Buku Supermama Untuk Panduan Ibu Sepenuh Masa Di Rumah Sudah Terbit




Tempahan boleh dibuat di sini:
Pertanyaan whatsapp 0197720507

Harga Buku RM18
Untuk Pos tambahkan kos pos
Sampul pos semenanjung RM8
Sampul pos Sabah Sarawak RM11

Selepas membuat pembayaran pada maklumat yang diberikan pada link di atas, masukkan maklumat pembeli di dalam borang online pada link yang sama beserta taipkan bukti pembayaran seperti taipkan no transaksi , masa dan tarikh. Lengkapkan maklumat penghantaran. Buku akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju

KISAH DI SEBALIK PENGHASILAN BUKU SUPERMAMA

Semuanya bermula dari 4 tahun yang lalu. Ketika itu saya dan suami memutuskan untuk mummy berada di rumah bersama anak-anak setelah anak-anak melalui 5 episod pertukaran tempat jaga anak-anak. Anak pertama dan kedua jua sering menghidap penyakit dan keluar masuk hospital. Pada ketika itu, bertahun-tahun lamanya kami mempunyai masalah yang berpanjangan yang tidak tahu bila akan berkesudahan seperti tidak punya masa dengan anak-anak, pergi kerja subuh balik 9.00 malam, hutang keliling pinggang, tempoh kesesakan jalan raya setiap hari, sehingga hubungan kami panas dan komunikasi tidak baik. 

(Saya ada kongsikan kisah lanjut di muka depan buku ini sebagai pengenalan kepada buku ini)

Akhirnya kami bersetuju untuk mummy berada di rumah. Maka saya berikan surat letak jawatan kepada majikan. Apabila pulang ke rumah saya sangka kan semuanya mudah. Namun rupanya tidak semudah yang di sangka.

Saya alami episod kemurungan dan hilang jati diri. Jadi tidak hairanlah jika kita dengar ada ibu yang meroyan atau sakit jiwa apabila sudah biasa bekerja kemudian tiba-tiba pulang ke rumah. Tambahan lagi orang sekeliling tidak menyokong tindakan saya termasuk ibu bapa sendiri dan mertua yang tidak berapa sedap hati melihat anak lelaki nya seorang yang kena mencari rezeki.

Banyak delima yang saya hadapi. Setelah 1 tahun melalui pelbagai episod, ujian, eksperimen dan jatuh bangun sendiri, Alhamdulillah akhirnya saya menemui kekuatan itu semula. Allah tunjukan jalan yang berliku untuk saya ambil semua pengalaman dan dijadikan panduan buat yang lain pula rupanya.

Barulah saya sedar, Allah swt memilih saya untuk di uji kerana DIA tahu saya mampu meredahnya dan DIA tahu yang saya akan menyampaikan sesuatu pada ibu lain pula. Ini amanahNYA kepada saya. Saya akhirnya menulis 116 tips untuk ibu-ibu di luar sana yang saya rasakan penting untuk diketahui dan di aplikasikan di rumah. Terutamanya buat ibu-ibu sepenuh masa yang masih terkapai-kapai mencari apakah yang "aku" perlu buat di rumah ini? 

Buku ini ditulis agar menjadi panduan. Semoga tiada hasutan syaitan yang boleh melemahkan ibu-ibu. Kerana apabila kita sudah tahu sesuatu kebaikan dan apakah tujuan, kita tidak akan berasa negatif dan lemah lagi. Tanpa ilmu bagaimana untuk beramal, kan?

Sebelum buku ini diterbitkan secara fizikal, ia telah lama berada di alam maya sebagai Ebook. 2 tahun di alam maya, ia menjadi permintaan ibu-ibu yang sering membaca secara online. Selepas 2 tahun, saya ingin menjadikan buku ini versi bercetak. Lalu saya hantarkan manuskrip ke pihak penerbitan Telaga Biru. Alhamdulillah pada November 2016, ia telah selamat diterbitkan dan berada di pasaran. Kini ia boleh di dapati di seluruh kedai-kedai buku di Malaysia yang ada menjual buku Telaga Biru.

Namun, semenjak buku ini diterbitkan, kenalan dan follower kebanyakan mohon saya untuk berkan kata motivasi dan berikan tandatanagn (autograf) di hadapan buku. Jadi jika ada pembaca di sini yang ingin mendapatkan Buku Supermama siap autograf, boleh lah buat order di sini (lihat maklumat di atas sekali).

Seronok pertama kali melihat buku hasil penulisan sendiri di rak buku MPH bangi gateway

Si kakak senyum sambil menunjukkan buku mummy nya yang kini berstatus buku keluaran terbaru telaga biru

Ketika di booktiue telaga biru untuk mendapatkan beberapa naskah untuk penulis. Saya juga ambil stok buku untuk di sign dan di poskan pada pembaca yang mahu beli dari saya siap autograf



Anak-anak sudah kenal buku ini apabila masuk ke kedai buku


Buku Supermama di jadikan Hadiah Perkhawinan untuk panduan ibu-ibu baru




Ibu dan ayah turut gembira dengan penghasilan buku ini, lalu dihadiakan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka

Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah pada ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. 
Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membuat jualan atau ekspo barangan ibu dan anak, boleh lah turut menyertakan buku Supermama ini kerana ia sangat sesuai dijadikan bahan bacaan ibu-ibu yang mementingkan keluarga. Untuk order buku ini siap bertandatanag, boleh hubungi saya selaku penulis untuk urusan ini. 

Akhir kata, semoga buku Supermama ini mampu menjadi salah satu pendorong untuk ibu-ibu di luar sana mempunyai kuasa luar biasa demi keluarga tercinta

Salam sayang

Penulis
Buku Supermama
KHAIRUNNISA HAMZAH
Penulis dan perekabentuk kediaman online
http://khairunnisahamzahara.blogspot.my

Whatsapp : 0197720507
Email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Wednesday, 2 November 2016

Jom jadi work at home mom online (W.A.H.M)

teks: khairunnisa hamzahara

Gambar: mummy yang menanti hari duk berdoa menunggu baby girl sorang lagi keluar untuk cukupkan kota 4 orang ) (syukur sebab mengandung kali ke 3 dan ke 4 tak payah pergi ofis lagi. Buat kerja kat rumah je. Masih buat kerja dibidang yg sama lagi. Cuma bezanya santai buat cara dan masa sendiri. Tiada birokrasi untuk pening sana sini ;))

Untuk latihan online yang mummy buat bagi ibu2 boleh Bekerja / berkarya / berpendapatan dari rumah, Sebelum boleh tahu ke mana halatuju dan pengkhususan masing-masing. Cuba jawab sikit soalan kaji selidik ini. 


Jawapan Send kat Email ya
(khairunnisahamzahara@gmail.com)



Soalannya:
☆Jika ada peluang berpendapatan dari rumah dan secara online, bidang/perkara apa jadi pilihan? (Kalau Boleh suka buat hari2 tanpa paksaan)


"Mulakan dari sekarang,
Bukan dah berhenti baru nak mula
sediakan platform dahulu"


~senibina kehidupan di rumah~

Khairunnisa Hamzah
Work at home mom since 2012
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
http://khairunnisahamzah.blogspot.com

Wednesday, 26 October 2016

Jom letak Paip air sebelah pintu bilik air. Kenapa?

Teks : khairunnisa hamzah



Sebagai orang Islam, amat penting untuk menyucikan diri dengan air bagi memastikan tiada najis yang melekat pada diri. Ia juga untuk kebersihan dan kesihatan. Islam itu indah dan suka kan keindahan. Dan kebersihan itu separuh daripada Islam

Hari ini saya ingin bincangkan isu PAIP AIR di bilik air.
Rata-rata rumah orang Islam ada paip air di bilik air.
Dan kebanyakan lantai bilik air sentiasa basah tidak seperti bilik air bangsa lain yang kering kerana mereka tidak bersuci dengan air. Hanya pakai tisu. Namun ada juga bangsa kita yang mengikut cara ini kerana "geli" dengan lantai yang basah.

Tapi tahu tak sebaik-baik cucian itu adalah dengan AIR

Sebab itu dalam Islam sendiri ada menggariskan panduan di mana digalakan untuk meletakan selipar di dalam bilik air agar tidak terbawa keluar najis yang terpijak di lantai bilik air apabila melangkah keluar bilik air.


Tetapi zaman sekarang ada yang lihat selipar bilik air itu kolot seperti bilik air di kampung. Jadinya ramai yang kembali tidak meletakan selipar di bilik air. Tapi perasan tak, paip untuk membersihkan kaki selepas menggunakan bilik air biasanya berada jauh di bawah paip shower. Jadi selepas mencuci kaki masih perlu berjalan lagi sedikit di lantai bilik air sebelum melangkah keluar. 

Cadangan saya, selepas ini pemaju dan perekabentuk ambil berat tentang perkara ini. Letakan paip air untuk mencuci di sebelah pintu bilik air. Sama macam konsep zaman dahulu, tempayan tadahan air basuh kaki di tepi tangga atau pintu. Sekarang kita gunakan paip di tepi pintu untuk mencuci kali terakhir sebelum melangkah keluar pintu bilik air. Boleh kan?



Jom kita ubah cara
Belajar dari pengalaman dan kesilapan

Saya sangat titik beratkan hal ini kerana sekarang sednag membesarkan anak-anak kecil di rumah. Apabila hendak membersihkan najis mereka, perlu masuk bilik air dan berjalan sehingga ke bawah cucuran air (shower) untuk buka paip air. Apabila bersihkan mereka maka adalah yang berterabur atau kita tidak perasan saki baki yang tinggal. Bila berjalan semula keluar, mungkin kita ada bawa saki baki atau bekas najis. Bahaya kan?

Jadi, meh kita pasang paip sebelah pintu bilik air untuk menjaga kebersihan dan kesucian rumah dari najis! Ayuh mulakan



Khairunnisa Hamzah
Perekabentuk dan penasihat kediaman online
work at home mom since 2012
whatsapp 0197720507
email : khairunnisahamzahara@gmail.com

Nak dapatkan design ubahsuai luaran atau dalaman
boleh PM atau boleh ke 
FB page : https://www.facebook.com/rekabentuk3donline
FB page : https://www.facebook.com/3Dviewing

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO